Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

You are not connected. Please login or register

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

`Rin0_

`Rin0_
Junior Lvl 3
Junior Lvl 3
Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pancuran meteor Perseid dari  buruj Perseus pada malam 12 dan 13 Ogos ini demikian menurut laporan yang disiarkan oleh media

HUJAN METEOR DI RUANG ANGKASA MALAYSIA PADA MALAM 12 DAN 13 OGOS 2013 Perseid-meteor-kingham-620

HUJAN METEOR DI RUANG ANGKASA MALAYSIA PADA MALAM 12 DAN 13 OGOS 2013 0811-Perseid-meteor-shower_full_380

HUJAN METEOR DI RUANG ANGKASA MALAYSIA PADA MALAM 12 DAN 13 OGOS 2013 PerseidMeteorShower-Flickr1
(Gambar Hiasan)

Berhubung laporan itu, fenomena yang dikenali sebagai pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam Isnin sehingga subuh pada Selasa
Mengenai perkara tersebut, Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi
Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer.

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya
Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar
Turut dimaklumkan waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam

Tips untuk menyaksikan fenomena ini dengan lebih jelas
-Jauhi daripada bandar
-Jauhkan diri dari Pencemaran cahaya yang tinggi di bandar
-Pandang ke arah timur laut dan pandang separuh ke atas langit


Sumber : http://www.mysumber.com/berita/hujan-meteor-di-malaysia-malam-12-dan-13-ogos-2013#ixzz2bl7t4zi9

`Rin0_

`Rin0_
Junior Lvl 3
Junior Lvl 3
Kite tengok betul ke tidak .... Surprised 

KamiRobot


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum